Privasi dan peraturan
Taman Ilmu ialah ruang belajar santai yang percuma. Halaman ini menerangkan dengan mudah apa yang kami simpan dan apa yang kamu boleh buat.
Peraturan bermain
- Guna bahasa yang baik dan hormati semua orang.
- Jangan kongsi nombor telefon, alamat, nama penuh, sekolah, emel atau pautan luar.
- Tekan Lapor jika ada yang tidak kena. Moderator akan menyemak.
- Moderator boleh mute, mengeluarkan atau menggantung akaun yang melanggar peraturan.
Apa yang kami simpan
- Nama paparan (nama pendek, cth. "Anas_4D") dan kata laluan. Kata laluan disimpan dalam bentuk yang tidak boleh dibaca semula (hash), jadi moderator pun tidak boleh melihatnya.
- Taman Ilmu hanya untuk murid dan guru sekolah ini. Untuk mengesahkan kamu, kami menyimpan salinan senarai sekolah (nama penuh, tahun, kelas). Nama penuh hanya dilihat oleh moderator. No. kad pengenalan tidak disimpan. Hanya cap semakan yang tidak boleh dibaca semula.
- Pilihan avatar, XP, lencana dan keputusan kuiz.
- Mesej chat. Dipadam automatik selepas 30 hari. Mesej yang disekat penapis juga disimpan sementara untuk semakan moderator.
- Laporan yang dibuat pemain, bersama beberapa mesej sebelum dan selepas, supaya moderator faham situasi. Rekod tindakan moderator juga disimpan.
- Satu kuki sesi supaya kamu kekal log masuk. Tiada kuki pengiklanan atau penjejak.
Kami tidak meminta emel, nombor telefon atau lokasi, dan tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak lain. Tiada iklan.
Siapa boleh melihat
Pemain lain hanya nampak nama paparan (bukan nama penuh), avatar, aras dan mesej kamu dalam bilik. Moderator boleh membaca log chat dan laporan untuk menjaga keselamatan.
Kawalan kamu
- Tukar kata laluan dan padam akaun boleh dibuat sendiri di halaman utama (kad "Akaun"). Memadam akaun akan memadam mesej, XP dan lencana kamu.
- Terlupa kata laluan? Minta moderator tetapkan kata laluan sementara.
Untuk ibu bapa dan penjaga
Pengguna bawah 18 tahun digalakkan bermain dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Anda boleh meminta akaun anak anda dipadam atau disemak pada bila-bila masa.
Hubungi pentadbir: Hantar pesanan dalam group WhatsApp kelas/ guru